Jul 4, 2010

Sujud lega sistem pernafasan

  1. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah
    yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu
    pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia..
    Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
    bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.
    dan menjauhi larangannya.
    Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
    dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
    Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
    Bernafas ketika sujud pula boleh:
    - membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
    - membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
    - melegakan sakit hernia. (burut)
    - mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
    - melegakan paru-paru daripada ketegangan.
    - mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
    - kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
    lingkungan bahagian belakang tubuh.
    - meringankan bahagian pelvis.
    - memberi dorongan supaya mudah tidur.
    - menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
    sujud dan bangun daripada sujud.
    - pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
    automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
    - bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
    berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
    - mengurangkan kegemukan.
    - pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
    kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
    - organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
    - mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke
    otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
    Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
    hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
    Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
    darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan
    otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
    Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
    tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
    darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana anda sudi komen di blog sayA setiap komen anda .saya sangat menghargainyaby: fais