MOSCOW - Walaupun belakangnya ditikam sebilah pisau, seorang mangsa
rompakan, Julia Popova tidak berasa sakit atau menyedari kecederaan
yang dialaminya, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita berusia 22 tahun itu meneruskan perjalanan seperti biasa
selepas dia ditikam seorang perompak semasa pulang dari pejabatnya
baru-baru ini.
Popova bergelut dengan perompak itu yang meragut beg tangannya
semasa mangsa dalam perjalanan ke rumah ibu bapanya di sini, Rusia.
Bagaimanapun, insiden itu menyebabkan dia terkejut sehingga tidak
menyedari sebilah pisau tertusuk pada tengkuknya dan hampir mengenai
tulang belakang mangsa.
Setibanya di rumah, ibu bapa Popova terkejut melihat anak mereka
berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital manakala beberapa
pakar bedah berjaya mengeluarkan pisau itu tanpa merosakkan tulang
belakangnya. - Agensi
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana anda sudi komen di blog sayA setiap komen anda .saya sangat menghargainyaby: fais